Month: July 2017

Banyak kereta sekarang lampunya warna putih. Anda tahu kenapa?

Oleh: Barjoyai Sekarang sudah tahun 2017. Teknologi pada kenderaan makin berkembang begitu juga dengan prestasi, ciri-ciri aksesori dan keselamatannya. Ya apa yang anda nampak pada lampu kenderaan bagi kereta mahupun motorsikal kebanyakannya sudah dilengkapi dengan lampu besar depan (headlight) bewarna keputih-putihan. Lampu ini dikenali sebagai HID (high intensity discharge – intensiti keluaran tinggi) atau dikenali sebagai Xenon. Untuk LED, kami akan bincangkan pada post akan datang. Lampu HID ini menggunakan mentol HID yang mempunyai warna (color temp) sekitar 4200 – 5000 Kelvin (K) yang didatangkan standard dari kilang dan mematuhi piawaian standard antarabangsa. Rajah atas menunjukkkan perbezaan mentol biasa...

Read More

Kelapa Tacunan

KELAPA TACUNAN (Cocos Nucifera) popular ditanam di Filipina sebagai satu varieti kelapa renek berhasil tinggi. merupakan varieti kelapa terbaik digunakan untuk menghasilkan produk makanan berasaskan kelapa. mempunyai permintaan tinggi dikalangan penanam, pemproses dan juga para pengeksport kelapa di Filipina. sesuai diproses untuk menghasilkan pelbagai produk yang berasaskan isi kelapa dan air kelapa serta penghasilan minyak kelapa dan gula kelapa(Nira dan Gula Melaka). ciri asas seperti  saiz buah yang besar, kandungan berat isi yang baik, kandungan air yang banyak dan berkualiti, ketebalan isi serta kepadatannya mempunyai batang yang kukuh dipangkalnya dengan batang bawah lurus (Jenis renek) pertumbuhan yang lambat meninggi dengan...

Read More

499,933 siswa masih belum menuntut KADS1M Debit-i

oleh jariEmas KUALA LUMPUR – Sejumlah 499,933 penerima Bantuan Pelajar Pendidikan Tinggi (BPPT) masih belum menuntut Kad Debit-i Diskaun Siswa 1Malaysia (KADS1M Debit-i) di cawangan Bank Rakyat seluruh negara. Bank Rakyat, dalam kenyataan hari ini, kesemua pelajar berkenaan dinasihatkan mengambil KADS1M sebelum 30 Sept ini, di cawangan bank semasa melakukan permohonan. Bagi memudahkan pelajar untuk mengambil kad yang dipohon, Bank Rakyat melanjutkan waktu operasinya sehingga pukul 8.30 malam pada Isnin hingga Jumaat di semua negeri kecuali Kelantan dan Terengganu, pada Ahad hingga Khamis. KADS1M Debit-i merupakan kad yang memberi kemudahan kepada pelajar institusi pengajian tinggi untuk menerima diskaun bagi...

Read More

Koleksi agung

Oleh: jariEmas Shah Alam: Rindu kepada Nabi Muhammad SAW sehingga mengalirkan air mata. Itu antara kesan mendalam pengunjung di Pameran Artifak Asli Nabi Muhammad SAW dan Para Sahabat di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini. Pengurus Projek Dragon Heart Sdn Berhad Razali Bachik berkata, sebanyak 28 barangan peninggalan Baginda dan sahabat dipamerkan selama sebulan bermula 10 Julai hingga 9 Ogos depan. “Barangan milik Nabi Muhammad SAW dibawa dari muzium pelbagai negara seperti Arab Saudi, Yaman, Turki, India dan Jordan. “Ada sebahagiannya adalah koleksi peribadi yang kami bawa dari Brunei,” katanya. Menurutnya, antara yang menjadi tarikan ialah capal,...

Read More

Trak Pikap Mercedes Benz X Class yang terbaharu.

Oleh: Barjoyai Ini adalah trak pikap terbaharu keluaran Mercedes-Benz X Class. Ia merupakan satu-satunya pikap trak yang khusus untuk keluaran jenama ini. Ini untuk mengisi ‘gap’ antara kenderaan SUV dan kenderaan komersil untuk perdagangan. Nampak seperti Nissan Navara??? Ya, trak pikap ini dibangunkan hasil kerjasama Mercedes Benz dan Nissan. Tetapi Mercedes-Benz lebih menitikberatkan elemen elegan di mana mereka mengubahsuai kemasan dalaman, kelesaaan dan ruang kabin untuk lebih mewah. Ia dikuasakan dengan pacuan roda belakang dan pilihan ‘all wheel drive’ untuk enjin 2.3 liter diesel (187 bhp) dan untuk X350d 255 bhp V6 hanyalah terdapat ‘all wheel drive’ sepenuhnya. Selain itu, ia mewarisi ciri-ciri yang ada pada segmen sedan nya. Terdapat mod pemanduan untuk Eco, Comfort, Sport dan Off road. Ciri-ciri keselamatan untuk lane keeping dan anti crash juga didatangkan secara standard. Menurut Mercedes-Benz, X-class ini dikhususkan tumpuan penjualannya kepada pemilik tanah dan petani di kawasan Argentina, pemilik perniagaan berkaitan pertanian dan juga kontraktor pembinaan. Trak ini mampu membawa muatan seberat 1.1 tan yakni menyamai 17 unit 50 liter barel air. Manakala untuk kuasa penarikan (towing) jentera ini mampu menarik seberat 3.5 tan. Pasaran X-class bermula di Eropah pada harga 37,000 euro di Jerman. Sumber:...

Read More