Oleh: Barjoyai

Google telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita dan perkataan ini lazimnya juga dikatakan pada perbualan seharian ‘google’ itu dan ‘google’ ini. Ada juga apabila terjadinya perdebatan semasa perbualan di mana-mana jika ada yang tidak puas hati dengan sesuatu maklumat atau terdapat apa-apa kesilapan, maka google juga dicari untuk mendapatkan lebih kepastian maklumat.

google1.jpg

Google diasaskan pada tahun 1997 oleh 2 orang pelajar PhD Universiti Stanford Larry Page dan Sergey Brin di mana mereka mengilhamkan syarikat yang ditubuhkan pada awalnya untuk mengatur maklumat seluruh dunia dan menjadikan ianya boleh dicapai bila-bila dan di mana sahaja. Ternyata tindakan mereka adalah tepat dan menjadi fungsi yang penting di dalam dunia Internet.

Dengan perkembangan dunia teknologi dan kepintaran buatan yang manusia hasilkan, sebanyak lebih daripada 60% apa-apa tindakan kini bergantung kepada carian google dan manusia kini lebih ramai mencari maklumat menerusi enjin pencarian google daripada mencari maklumat melalui buku di perpustakaan atau bertanya pada orang yang lebih mengetahui.

Sebahagian daripada ‘core’ business’ google ialah:-

a) Teknologi perisian sistem Android yang majoriti digunakan pada telefon pintar,

b) Portal foto Picasa,

c) Google Earth yang asalnya dipelopori oleh Keyhole,

d) Google Energy, untuk penghasilan dan penyeliaan tenaga boleh diperbaharui,

e) Google Driverless Car yang menggunakan Google Streetview bagi navigasi tanpa pemandu.

lain-lain tentang google:

  1. Nama asal daripada kesalahan ejaan ‘Googol’ yakni terma yang diambil daripada ilmu matematik.
  2. Penyelidikan berhubung Google bermula pada tahun 1996.
  3. Domain Google.com dibeli pada tahun 1997.
  4. Dana pertama sebanyak $100,000 untuk google disediakan oleh Andy Bechtolsheim yang merupakan salah satu pengasas Sun Microsystems.
  5. CEO Excite George Bell menentang pembelian Google apabila ia ditawarkan pada harga $1 juta apabila Brin dan Page mengatakan penyelidikan enjin pencarian ini makan masa (buang masa) pada tahun 1999.
  6. Lagi dana sebanyak $25 juta diberikan pada tahun 1999 oleh Kleiner Perkins dan Sequoia Capital 5 tahun sebelum lonjakan Google pertama.
  7. Google disyarikatkan pada tahun 1998.
  8. 30 juta laman web diindekskan pada tahun 1998.
  9. 1 billion laman web diindekskan pada tahun 2000.
  10. Eric Schmidt merupakan CEO pada tahun 2001.
  11. Mengambilalih Blogger pada tahun 2003.
  12. Google Adsense dilancarkan pada tahun 2003.
  13. Email google (Gmail) dilancarkan pada tahun 2004.
  14. Saham Google IPO pada tahun 2004.
  15. 8 billion laman web diindekskan pada tahun 2004.
  16. Mengambilalih Youtube pada tahun 2006 sebanyak $1.65 billion.
  17. 1 trillion laman web diindekskan pada tahun 2008.
  18. Browser Chrome pada tahun 2008.
  19. 1.8 juta syer saham diberikan pada Universiti Stanford apabila paten PageRank dijual oleh Stanford sebanyak $336 juta.
  20. 1 juta server pangkalan data ada di serata dunia untuk Google.
  21. Google mengawal sebanyak 1 billion pencarian sehari.
  22. 7.2 billion laman web diakses sehari.
  23. 87.8 billion pencarian global dilakukan melalui Google sebulan.
  24. Pengunjung laman web Google sehari mencapai 620 juta.
  25. Ranking Google.com merupakan nombor 1 di dunia.
  26. Perolehan (hasil) Google sebanyak $ 19 juta pada tahun 2000.
  27. Tetapi kerugian pada tahun 2000 sebanyak $ 14 juta.
  28. Pada tahun 2009, perolehan mencapai $23 billion.
  29. Untung pada tahun 2009 sebanyak $6.5 billion.
  30. 97% daripada keuntungan adalah dari pengiklanan.
  31. Saham IPO Google bermula pada $85 pada tahun 2004.
  32. Tahun 2010 ianya meningkat ke $535 sesaham.
  33. Ada 19,000 staf bekerja di Google.
  34. 37% daripadanya merupakan staf penyelidikan.
  35. 37% daripadanya adalah staf jualan.
  36. ‘Noogler’ ialah jolokan untuk staf yang baru di Google.
  37. 45% produk Google masih di dalam fasa pecubaan (beta).
  38. Pasaran Youtube menyumbang sebanyak 39.4% daripada Google.
  39. Seramai 146 juta pengguna Gmail.
  40. Google analytics digunakan pada 57% untuk 10,000 laman web.
  41. Lebih 200,0000 perisian tersedia untuk Android.
  42. 4.5 billion perisian (apps) sudah dimuatturun dari Google Market.
  43. Google Android untuk telefon pintar mengdominasi (33%) bagi sistem pengoperasian mengatasi Nokia dan Apple digabungkan bersama.
  44. 33 juta sistem Android dipasarkan pada penghujung tahun 2010.

Sumber : Royal Pingdom, Androidtapp.com, Wikipedia