Oleh: Barjoyai

Kita sedia maklum pesawat komersil apa-apa syarikat dan jenis pesawat pun, AirAsia, MAS, Quantas, Garuda Airlines dan sebagainya harus mematuhi ketinggian altitude dan juga navigasi penerbangan yang sudah ditetapkan. Daripada pesawat komersil yang kecil seperti Boeing 737 hinggalah ke Airbus A380, semuanya harus patuh kepada ‘flight plan’ yang sudah ditetapkan sungguhpun pesawat yang besar mampu terbang lebih tinggi daripada kebiasaan.

tibet.png

Namun, tahukah anda bahawa tiada satu pun penerbangan kormersil berada di atas benua Tibet? Gambar trafik udara di atas boleh diperolehi secara langsung “live” dari laman sesawang Flightaware . Jika diperhatikan kawasan bulatan merah merupakan benua Tibet. Banjaran di benua Tibet merupakan ‘bumbung’ dunia yang mempunyai ketinggian dataran mahupun yang terrendah sekalipun ialah 12,000 kaki. Isunya ialah jika terdapat kerosakan enjin pesawat, pesawat walaupun mampu terbang setinggi 20,000 kaki, risiko untuk terhempas dengan pergunungan adalah tinggi. Selain itu, jika terdapat nyahmampatan (decompression) di dalam pesawat, kadar udara atau oksigen akan kurang. Ya benar, terdapat bekalan oksigen yang turun keluar dari atas penumpang tetapi bekalannya adalah terhad sebanyak 20 minit sahaja.

Pada kebiasaannya, jika berlaku nyahmampatan seperti di atas, peraturan penerbangan menyatakan, pesawat perlu diturunkan ke aras 10,000 kaki jika kehabisan bekalan oksigen. Untuk menerbangkan pesawat pada ketinggian 10,000 kaki di atas banjaran Tibet sekitar 12,000 kaki adalah perkara yang berbahaya.