Month: August 2017

Oh! Malaysia ku

1. Iklan mana ni? https://img-9gag-fun.9cache.com/photo/a3qe573_460sv.mp4   2. Shopping mall di Malaysia katanya   3. kakak gamer   4. Kuasa rakyat 5. Bila PBT/JKR/Pihak Berwajib lambat ambil tindakan   6. 4 musim di Malaysia. Tengkujuh / Nyamuk denggi / Jerebu / Durian   7. Aktiviti meniru 8. Terkoyak pulak duit time bukak angpau   Sumber: 9gags...

Read More

Volvo XC90 T8 kini lebih murah di Thailand – diimport dari Shah Alam, RM224k lebih mahal dari Malaysia

Volvo XC90 kini dijual di pasaran Thailand dengan harga yang lebih murah dari sebelum ini, setelah pasaran berkenaan menerima stok dari kilang Volvo di Shah Alam, Malaysia dan bukan lagi dari Sweden, lapor Bangkok Post. Dengan model-model pemasangan dari Malaysia berkenaan, harga XC90 pada pasaran negara Gajah Putih tersebut kini sekitar satu juta baht lebih rendah berbanding sebelumnya. Model varian tertinggi XC90 T8 Twin Engine dengan teknologi plug-in hybrid (PHEV), dijual dalam kemasan Inscription kini berharga 4.89 juta baht (RM628,134), atau 1.1 juta baht (RM141,298) lebih murah berbanding model sama yang diimport terus dari Sweden. Menurut akhbar berkenaan lagi,...

Read More

Melampau… Tiket Final Bola Sepak Sukan SEA Dijual Pada Harga RM150!

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin akui kecewa kerana masih wujud ulat tiket menjelang perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 (KL2017) sambil memberi jaminan tindakan segera bakal diambil. Tiket final di antara Malaysia dan Thailand paling hangat dalam kalangan rakyat Malaysia ketika ini sehingga ada yang mengambil kesempatan menjualnya secara haram di atas talian dengan harga yang tidak masuk akal. Tiket yang sepatutnya berharga RM21.20 itu dijual dengan harga di antara RM100 dan RM150 bermula pagi tadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. “Kami telah mengehadkan penjualan lima tiket sahaja bagi setiap individu tetapi mungkin ada yang...

Read More

Menang Pingat Emas, Amsyar Menangis Peluk Bapa

Penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja berjaya merangkul pingat emas bagi acara 1 meter papan anjal lelaki di Sukan Sea KL2017 hari ini. Acara tersebut berlangsung di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil Kuala Lumpur sebentar tadi. Kemenangan itu sekaligus membuatkan Amsyar tidak dapat mengawal emosi dan menangis ketika memeluk erat bapanya, Azman Hassan. Foto-foto menyentuh hati itu dikongsi oleh jurufoto, Aizuddin Saad menerusi laman Facebook Berita Harian Online. Menerusi ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terharu melihat momen gembira Amsyar dan bapanya selain memberikan ucapan tahniah. “Tak tahulah sejak sukan Sea bermula banyak kali dah...

Read More

Jawapan Pemilik ZurinJundi, Wedding Planner Dari Neraka .. Ditangkap Kerana Menipu!!

Kisah ZurinJundi Wedding Planner yang dikatakan menipu pelanggan viral di laman sosial kini. Apa taknya, dalam satu kes pelanggan tu, dia dikatakan dah ambil duit, tapi makanan katering tak sampai-sampai malah pelamin pula dibuat macam reban ayam. Apa yang lagi mengecewakan adalah sikapnya yang seperti acuh tak acuh dalam menyelesaikan masalah pelanggannya. Apa yang lebih mengejutkan, menurut sumber, seramai 7 pasangan telahpun menjadi mangsa kepada ZurinJundi Wedding Planner ini. Ikuti luahan pelanggan yang telah menjadi mangsa kepada ZurinJundi Wedding Planner di bawah.       Buat report polis             Mohon semua bakal pengantin berhati-hati...

Read More