Oleh: Barjoyai

Manga ialah komik daripada Jepun yang amat popular di seluruh dunia. Sekiranya jualan sesebuah Manga laris di negara pengeluar, tentu sekali ianya antara yang terbaik di seluruh dunia. Komik Manga tersebut dikeluarkan oleh Anime News Network. Mari kita ikuti senarai komik Manga terbaik di Jepun.

1. Faily Tail

Sebuah cerita berbentuk komedi tentang ahli sihir yang bertamadun di mana mereka ialah organisasi yang penting dalam masyarakat mereka. Fairy Tail ialah nama sebuah Mage atau persatuan dan Natsu merupakan watak utama. Fairy Tail banyak berkisar tentang kehidupan Natsu yang merupakan ahli sihir yang terkuat. Mempunyai jalan cerita yang menarik dan cerita ini telah muncul di Jepun sejak Ogos 2006 di Majalah Shonen Mingguan.

 

2. Shingeki no Kyojin

Shingeki no Kyojin yang bermaksud ‘gergasi bermuka besar’. Ini merupakan sedikit sinopsis dari cerita ini. Beberapa ratus tahun yang lalu, manusia hampir dimusnahkan oleh gergasi. Hanya beberape peratus yang tinggal kerana mereka berjaya membina tembok pemisah yang besar berkali ganda dari gergasi tersebut. Hampir beratus tahun tidak kelihatan gergasi di kawasan bandar tersebut. Tak lama kemudian, 2 orang remaja iaitu Elen dan Mikasa telah menyaksikan sejarah baru yang mengubah kehidupan di bandar itu dimana gergasi yang amat besar menhancurkan tembok yang dibina beratus tahun dan mereka adik beradik menyaksikan suatu peristiwa paling mengerikan kerana melihat ibu bapa mereka dimakan hidup-hidup oleh gergasi. Mereka bersumpah akan membunuh kesemua gergasi yang ada di dunia, maka bermulalah sebuah cerita yang medebarkan.

 

3. Naruto

Naruto merupakan sebuah cerita yang amat terkenal di seluruh dunia. Sebuah cerita tentang kisah ninja yang mengasyikkan. Naruto ialah nama watak utama dalam cerita ini iaitu Uzumaki Naruto seorang ninja kurang cerdik yang akhirnya bertukar menjadi lagenda dan harapan kampong serta negara. Ditulis oleh Musashi Kishimoto dan diterbitkan sejak Ogos 2007 di Akamaru Jump di Jepun. Sekarang naruto telah berkembang bukan sahaja dalam bidang manga tetapi animasi, permainan video, cenderahati, dan cosplay yang kini telah meluas di seluruh dunia.

 

4. Gantz

Cerita berbentuk pengembaraan, drama, horror, misteri, psikologi, romantik, fiksyen sains dan supernatural. Berkisar tentang Kei Kurono dan temannya Masaru Kato yang sepatutnya meninggal di dalam kemalangan keretapi tetapi telah diberi peluang oleh sebuah bola hitam untuk hidup semula dengan syarat menyertai pertandingan membunuh makhluk asing. Sebuah cerita yang menarik untuk dibaca kerana penuh dengan konflik dan psikologi manusia dalam membuat pilihan.ditulis oleh Hiroya Oku sejak tahun 2000 di Jepun dan diterbitkan pada mulanya di Majalah Young Jump. Peningkatan jualan manga Gantz sebenarnya disebabkan oleh adaptasi ke filem di Jepun.

 

5. One Piece

Terbaik di antara yang terbaik. Mendahului senarai penjualan manga terlaris di Jepun dengan jurang yang terlampau besar. Walaupun di Malaysia, One Piece masih kurang mendapat sambutan, tapi di peringkat dunia dan Jepun sendiri, One Piece yang terbaik dengan pelbagai rekod-rekod jualan terbaru di catat. One Piece ialah sebuah cerita pengembaraan Kumpulan Lanun Topi Jerami yang diketuai olek Monkey.D.Luffy. Yang menarik di dalam cerita one piece ini ialah rahsia-rahsia dan kaitan-kaitan yang di dedahkan oleh penulisnya iaitu Echiro Oda sedikit demi sedikit. Pembaca menjadi semakin tertarik dengan jalan cerita yang semakin menarik ditambah lagi dengan kemuncak untuk hero dalam ceriter ni seolah-olah masih jauh. One Piece ditulis oleh Echiro Oda sejak Ogos 1997 dan diterbitkan oleh Weekly Shonen Jump dan sekarang telah memasuki 15 tahun sejak penerbitan dan masih jauh untuk pengakhiran dan lebih hebat jualan dan sambutannya dari lagenda Dragon Ball.

Sumber: Melancongkejepun