Oleh: Barjoyai

Memiliki rumah idaman yang sempurna menjadi pendorong untuk kita bekerja dan menghabiskan masa menghias atau mendekorasi sesuatu ruang @ laman supaya mengikuti citarasa yang diingini. Namun anda harus berjaga-jaga dan berwaspada ..takut nanti menyesal di kemudian hari.

Untuk kali ini, saya ingin berkongsi tip yang perlu anda ikuti dan hindari supaya tidak tersalah langkah..bak kata pepatah “fikir dulu sebelum menyesal”. Di sini saya kongsikan 6 tip untuk kita sama-sama ikuti;

Tip 1; Sebelum anda membeli sesuatu barangan bagi tujuan dekorasi dan sebagainya..yang paling penting ialah “fikirkan konsep yang diinginkan terlebih dahulu” supaya tidak terbeli barangan yang tidak penting.

Tip 2; Dalam memilih sesuatu barangan, pastikan anda pilih yang sesuai dan menarik untuk rumah anda terutama di ruang tamu. Kalau boleh cuba survey barangan yang unik/ lain dari yang lain. Saya suka berkunjung ke pameran perabut, ikea, indexlivingmall dan sebagainya untuk mendapatkan idea.

Tip 3; Jangan biarkan rumah/ruang rumah anda terlalu sesak dan padat dengan barangan perabut, begitu juga dengan cat ! jangan bercelaru, sila rujuk panduan tentang cat di artikel sebelum ini atau rujuk pakar.

Tip 4; Sekiranya anda, memilih untuk menggunakkan wallpaper, pilihlah yang terbaik – yang ni kena keluarkan kos sikit, walaubagaimanapun yang murah tak semestinya tidak elok. Bagi saya wallpaper yang tidak sarat dengan corak / warna lembut sesuai untuk rumah yang sederhana. Pastikan corak atau warna wallpaper sesuai dengan langsir atau perabut rumah anda.

Tip 5; Wujudkan ruangan membaca dengan menyediakan rak-rak buku. Pilihlah rak buku yang ringkas dengan buku-buku yang pelbagai bagi menimbulkan minat anak-anak membaca bukan sekadar menghiasi rak-rak dengan pinggan mangkuk. Rak buku yang unik seperti di bawah dapat menimbulkan aura di rumah anda.

Tip 6; Hiasan dalaman mungkin tidak lengkap sekiranya tidak ada sudut atau ruang untuk kita serlahkan kreativiti, ini bukan bermaksud anda perlu melukis..cuma jadikan satu sudut diruang rumah anda sebagai pusat perhatian. Kebiasaan sudut sebegini dihiasi dengan bunga-bungaan, pasu-pasu berjenama, alat-alat muzik, dan mungkin ada yang suka hiasi dengan lukisan, corak dan sebagainya.

Sumber: Laman Deco