Oleh: MMS:  Harga minyak mentah jatuh tiga hari berturut-turut sehingga hari ini walaupun bekalan minyak US dijangka akan susut kerana para pelabur masih meragui keupayaan OPEC untuk mengurangkan bekalan minyak dunia seperti yang dijanjikan.

Minyak brent yang menjadi ukuran harga pasaran minyak dunia turun 20 sen atau 0.38% kepada $51.94 setong setakat jam 12.35 tengahhari.

Harga minyak West Texas Intermediate (WTI) pula susut 15 sen atau 0.31% kepada $49.02 se tong, selepas jatuh 0.4% semalam.

Berdasarkan laporan Institusi Petroleum Amerika (API) semalam, bekalan minyak di US jatuh lebih daripada jangkaan menyebabkan import menurun dan pengeluaran meningkat. Bekalan susut 7.8 juta tong dalam masa seminggu kepada 478.4 juta tong, berbeza agak jauh dengan jangkaan penganalisis sebanyak 2.7 juta tong. Laporan semalam mengurangkan jangkaan terhadap kenaikan pengeluaran minyak US untuk tahun 2018.

Hari ini, Jabatan Maklumat Tenaga US pula akan mengeluarkan laporan status bekalan minyak mentah pada jam 10.30 malam.

“Harga minyak kekal sekitar $45-$50 untuk WTI, dan sehingga $52 untuk Brent”, kata Bob Takai, presiden Sumitomo Corp Global Researh di Tokyo. “Penggalian minyak semakin perlahan selepas bilangan pelantar berkurangan kerana mereka tidak boleh menghasilkan modal apabila harga minyak kekal di bawah $50”

Pasaran harga minyak turut terkesan berikutan OPEC dan pengeluar-pengeluar utama yang lain mengalami kesukaran untuk mematuhi syarat had pengeluaran minyak yang dijanjikan. Pengeluaran minyak di Libya yang pulih dan meningkat antara satu faktor yang menyukarkan usaha OPEC untuk mengurangkan bekalan, di tambah pula US juga sedang meningkatkan pengeluaran mereka.

Pada nota kajian ANZ Bank di Australia menyatakan, “Hanya tinggal beberapa minggu sahaja lagi untuk musim panas US, para pelabur mula berbahas adakah had pengeluaran oleh OPEC yang ada sekarang akan menyebabkan permintaan minyak berkurangan di Amerika Utara”.

Sumber: MOSHED