Kucing merupakan haiwan yang paling banyak dijadikan haiwan peliharaan kerana tingkah lakunya yang lucu dan aktif pasti menggelikan hati sesiapa sahaja yang menjadikan haiwan ini sebagai haiwan peliharaan. Tidak hairanlah ramai orang begitu menyukai haiwan ini kerana rupa fizikalnya yang comel dan sangat manja.

Wang ringgit tidak menjadi penghalang buat para pengggemar kucing untuk mendapatkan jenis baka yang mereka idamkan. Bukan itu sahaja, kos penjagaan dan kos rawatan perbelanjaan kucing yang terlalu mahal tidak menjadi masalah bagi mereka asalkan kucing mereka dalam keadaan sihat dan sentiasa aktif.

8 Jenis Baka Kucing Termahal Di Dunia

Baru-baru ini kecoh di sosial media terutamanya di Facebook dan Instagram, dimana Pengarah Urusan – D’Herbs Dato Aliff Syukri Terlajak Laris membeli kucing jenis Serval Cat berharga RM30,000. Ianya satu jumlah yang besar tetapi berapa ramai yang tahu baka kucing yang dibeli oleh Abang terlajak laris tu dan mengapa ianya mahal?

Berikut adalah senarai jenis-jenis kucing termahal di dunia yang menjadi buruan para penggemar kucing di Malaysia.

#1 – Kucing Savannah

 

Kucing Savannah merupakan sejenis kucing kacukan dari hasil peranakan kucing domestik ras Egyptian, Bengal, Siamese dengan kucing liar dari Afrika. Kucing Savannah mempunyai bentuk badan yang besar, badan dan telinga yang panjang dan mempunyai tompok-tompok seakan harimau bintang (leopard).

Berdasarkan guinnes World Records sendiri, Kucing Savannah telah dinobatkan sebagai jenis kucing yang terpanjang di seluruh dunia kerana kucing ini memiliki panjang hingga 44 cm. Kucing Savannah juga tergolong dalam kucing yang paling popular di Amerika Syarikat dan salah satu jenis kucing termahal di dunia.

Bukan calang-calang orang boleh memelihara Kucing Savannah ni kerana memerlukan lesen untuk memeliharanya.

Harga: RM30,000 – RM200,000

 

#2 – Kucing Bengal

 

Kucing Bengal atau Blacan adalah keturunan ketiga dari hasil kacukan antara kucing American Shorthair dengan kucing Asian Leopard. Kucing ini berasal dari California, Amerika Serikat. Meskipun tergolong kucing hutan, Warna yang terang dan bintik-bintik dibadan yang begitu jelas dan mirip kepada corak harimau bintang membuatkan orang terpesona dan tertarik hanya dengan sekali pandang.

Kucing ini memiliki ukuran badan yang panjang dengan otot-otot pada tubuhnya yang kuat. Ia memiliki tulang yang besar dan tebal, serta bulu yang tebal, rapat dan halus. Dalam proses pemeliharaannya, kucing ini memerlukan perawatan khusus pada bulunya, iaitu dengan digosok secara lembut menggunakan sikat yang halus. Kucing Bengal juga antara salah satu jenis kucing termahal di dunia.

Harga: RM5,000 – RM50,000

 

#3 – Kucing Persian

 

Kucing Persian banyak dipelihara oleh para penggemar kucing. Wajahnya yang lucu dengan hidung yang penyek ke dalam membuatkan ramai orang geram dengan wajah comel kucing ini. Bulunya yang lebat juga merupakan faktor harga kucing ini menjadi mahal.

Terdapat banyak jenis di dalam kategori Persian iaitu Kucing Persia Himalaya, Kucing Persia Flatnose dan Kucing Persia Peaknose, Kucing Persia Medium. Kucing Persian mempunyai kemampuan hidup diantara 10 hingga 15 tahun.

Harga: RM1,000 – RM35,000

 

#4 – Kucing PeterBald

 

Kucing Peterbald merupakkan hasil kacukan dari kucing Don Sphynx jantan dengan kucing Oriental Shorthair betina yang dilakukan pada sekitar tahun 1994 di St. Petersburg, Russia. Dalam perkembangannya, keturunan dari hasil persilangan tersebut juga dikacukan dengan kucing Siamese.

Kucing Peterbald hadir dalam semua varian warna dan marking. Kucing ini mempunyai wajah yang mirip seperti anjing, mata besar, kaki berselaput, ekor yang panjang seperti kucing Siam, kaki berselaput, dan juga kuku berbentuk oval.

Harga: RM7,000 – RM30,000

 

#5 – Kucing Sphynx

 

Kucing Sphynx (dahulu bernama Canadian hairless) adalah salah satu jenis kucing yang memiliki bulu sangat pendek dan jika dilihat sekali imbas, kucing Sphynx nampak seperti tidak memiliki bulu, namun jika diamati secara teliti, tubuh kucing ini ditumbuhi rambut halus di beberapa bahagian, seperti telinga, kaki, ekor, dan didekat organ kelamin.

Kucing Sphynx berasal dari Kanada. Namun, kucing ini juga boleh ditemui di beberapa tempat seperti Kanada, Perancis, Maroko, Meksiko, Rusia, Australia dan Amerika Syarikat. Meskipun Sphynx hanya memiliki bulu yang amat nipis, tetapi Sphynx termasuk dalam kategori kucing yang memiliki tubuh badan yang kuat dan sihat.

Harga: RM3,000 – RM20,000

 

#6 – Kucing Russian Blue

 

Kucing Russian Blue merupakan jenis kucing berbulu pendek dengan bulu berwarna biru-abu-abu. Kucing ini juga disebut dengan nama “Archangel Blues”. yang berasal dari kota Arkhangelsk, Russia.

Kucing ini juga mudah berdampingan dengan haiwan lain, termasuk anjing. Bulunya yang pendek menjadikannya kucing yang amat bersih kerana sukar terkena kotoran.

Harga: RM5,000 – RM15,000

 

#7 – Kucing Scottish Fold

 

Kucing Scottish Fold memiliki telinga yang sangat unik dan tidak seperti kebanyakan kucing lain dimana telinganya tegak ke atas. Kucing jenis ini memiliki telinga yang jatuh ke bawah, seakan-akan mirip dengan burung hantu tetapi bentuknya sangatlah lucu. Kucing ini juga mempunyai kepala yang bulat, mata yang besar dan bulat, hidung yang pesek, serta leher dan kakinya pendek.

Kucing ini berasal dari Scotland dan harganya terlalu mahal. Kucing ini sangat jinak, senang diajak bermain, cerdas, dan tidak berdengkur ketika tidur seperti kebanyakan kucing yang lain.

Harga: RM1,000 – RM8,000

 

#8 – Kucing Maine Coon

Kucing Maine Coon adalah salah satu jenis kucing yang popular di dunia dan banyak dipelihara oleh bangsawan serta artis di dunia. Ciri ciri yang menonjol pada kucing Maine Coon adalah di ukuran badannya yang cukup besar dan panjang, mengenai ukurannya kucing maine coon, ia memiliki panjang badan kurang lebih 1,5 meter dan berat sehingga belasan Kg. Tidak salah jika kucing Maine Coon di katakan kucing raksasa (Giant cats) pada umumnya.

Maine coon merupakan salah satu jenis kucing tertua yang berasal dari Maine (Amerika Syarikat). Panggilan manja untuk kucing Maine Coon adalah American Longhair. Kucing ini mampu bertahan dalam salji dan hawa sejuk sekalipun kerana memiliki bulu yang tebal dan anti air, ditambah pula dengan bulu yang sangat tebal di bahagian kaki, perut dan leher.

Harga: RM1,000 – RM5,000

 

Sumber: Aculnetwork