enis-Jenis Buah Yang Menggemukkan. Ada buah yang bantu anda naikkan berat badan jika diambil dengan teratur. Ini khas untuk orang yang terlalu kurus. Hihi…😂😂, yang debab tak payah nak cuba. Nanti menyesal tak berguna..

Mesti pelik kan bila ada orang yang nak gain weight sedangkan kita nak kurus. Tetapi begitulah citarasa masing-masing. Ada kawan saya yang terlalu kurus hingga menyebabkan dia rasa rendah diri kerana berasakan diri kurang menarik. Jadi, dia memang nak tambah berat badan bagi meningkatkan keyakinan dirinya. So, saya harap artikel ini membantu beliau sedikit sebanyak dalam misinya itu.

Jenis-Jenis Buah Yang Menggemukkan

Pisang

Mungkin, pisang adalah salah satu di antara buah yang berpotensi besar untuk penambahan berat badan. Pisang adalah buah berkalori tinggi yang membantu dalam berat badan. Selain itu, pisang akan membantu untuk meningkatkan produksi hemoglobin anda. Pisang adalah pilihan yang baik dan efektif untuk orang yang ingin menambah berat badan dengan kalori yang sihat.

 

Buah-buahan kering

Kismis, kekacang dan almond akan membantu untuk meningkatkan berat badan dengan lemak tepu dan kalori. Ini juga merupakan pilihan yang baik bagi mereka yang ingin tips sihat untuk meningkatkan berat badan.

 

Mangga

Ha.. siapa yang suka makan mangga kat sini? Mangga memiliki kelebihan untuk meningkatkan berat badan jika diambil secara teratur. Mangga kaya dengan kandungan gizi dan kalori, sehingga memberikan manfaat berganda kepada anda. Pilihlah mangga organik kerana sebahagian besar yang tersedia mengandungi racun tumbuhan berbahaya.

 

Avocado

Avocado mengandungi sekitar 400 kalori per buah. Buah ini juga terkenal dengan kandungan lemak yang tinggi. Jika tak suka makan macam tu je, anda boleh buat jus avokado atau buat smoothie dengan kombinasi buah lainnya. Boleh juga tambah dalam salad anda.

 

Buah Anggur

Sertakan jus anggur dalam diet harian anda jika anda mencari tips untuk meningkatkan berat badan. Ikuti pola makan yang sihat dan menghindari menggunakan suplement tambahan untuk menambah berat badan. Sertakan buah anggur dalam diet harian anda untuk meningkatkan kilo berat anda.

Selamat mencuba tambahkan berat anda kepada mereka yang ingin berbuat demikian. Buah-buahan seperti pisang, mangga dan anggur antara buah yang perlu diambil dalam diet harian anda untuk menghasilkan berat idaman anda.

Sumber: Aynorablogs