Hampir setiap pagi, Deirdre Larkin, 85, memulakan larian 8km di pinggiran bandar Johannesburg, South Africa.

Beliau adalah seorang pemain piano yang telah bersara dan mula berlari tujuh tahun yang lepas. Walaupun memulakan aktiviti larian agak lambat di dalam hidupnya, beliau kini memegang rekod dunia half marathon kategori umurnya dengan catatan masa 2 jam 5 minit.

“Sebelum umur saya mencapai 78 tahun, kali terakhir saya berlari adalah di kolej, dan pretasi saya amat teruk,” katanya sambil berdiri di hadapan dinding yang dihiasi dengan lebih 500 pingat yang diperolehi dalam acara larian yang pernah disertainya.

Dikenali sebagai Grand Dame of Ranburg, satu gelaran yang diberikan oleh media tempatan, beliau memang dikenali ramai dan tidak keberatan untuk berhenti untuk swafoto ketika berlari.

Kejayaannya dalam dunia larian adalah satu yang tidak dijangkakan. Dalam tahun 2000, beliau pernah didiagnosa dengan penyakit osteoporosis (kerapuhan tulang), yang tidak boleh dirawat dengan perubatan atau suntikan.

“Anak lelaki saya berlari tiga kali seminggu. Dan saya kata saya nak ikut dia,” katanya mengimbau bagaimana beliau mula berlari. “Pada mulanya, saya berjalan tiga langkah, kemudian berlari tiga langkah, berjalan tiga langkah, berlari tiga langkah dan seterusnya.”

Tujuh tahun berlalu, lariannya semakin mantap. Di bulan May lalu, beliau telah dijemput untuk bertanding di Switzerland, di mana beliau menamatkan larian half-marathon dalam masa 2 jam 15 minit, satu rekod dunia untuk kategori umurnnya.

Untuk mengekalkan kecergasan, beliau mengamalkan regimen yang ketat — tanpa gula, garam dan kopi, dan memulakan latihan lari jam 5:00 pagi setiap hari. Tahun lepas sahaja, beliau telah menamatkan 65 acara lumba lari termasuk beberapa half marathon.

Beliau bakal menyambut hari jadinya yang ke-86 September ini tidak mempunyai hasrat untuk mengurangkan lariannya. “Saya boleh bayangkan kehidupan tanpa larian – ia adalah sesuatu kematian yang perlahan-lahan,” katanya lagi. “Saya akan terus berlari selagi mampu — walaupun dengan hanya kaki sebelah, saya akan teruskannya.”

Sumber: Jomkitalari