Rakyat Malaysia mesti tertanya siapakan pemuda berbaju belang biru putih dgn print belakang ‘Ragbi Terengganu’ yang berjalan dibelakang PM sampaikan Rimau kepada pemenang Semasa upacara penyampaian pingat Ragbi petang tadi. Sehinggakan KJ seorang Menteri pun beri laluan kepadanya. Yang pasti dia bukannya Presiden KRM.

Ingat tak satu ketika tahun 2009 dulu seorang kanak2 umur 11 tahun turun mengetuai upacara perkenalkan pemain sewaktu Manchester Utd vs Malaysia di Std Bukit Jalil? Kanak2 itu mewakili DYMM Agong dan Agong ketika itu adalah DYMM Sultan Mizan Zainal Abiddin.

 

Kanak2 itu dan anak muda tadi adalah Duli Yang Teramat Mulia Yang di Pertuan Muda (Crown Prince) Tengku Muhammad Ismail ibni Sultan Mizan Zainal Abiddin. Baginda adalah Pemangku Sultan Teregganu ketika itu. Hari ini, Baginda adalah pemain ragbi pasukan Terengganu.

Baginda akan turun bermain esok di Suku Akhir Piala Agong Edisi 35 mewakili pasukan Terengganu vs Kelantan di Std MBPJ esok 21 Ogos 2017. Hari ini, Tuanku Ayahandanya menang emas, esok anaknya pula akan bermain.

Mungkin satu hari nanti, by merit, Baginda akan mewakili negara pula dalam sukan Ragbi. Kita semua tak tahu sebab Baginda dan Tuanku Ayahandanya tak pernah tulis di FB. Semoga berjaya Tengku.

Dah besar! Bekas Pemangku Sultan Terengganu Tengku Muhammad Ismail Ibni Sultan Mizan Zainal Abiddin, Yang Di Pertuan Muda Terengganu. Bakal Sultan Terengganu

Sumber: SuperKiram