Penerjun negara, Ahmad Amsyar Azman tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja berjaya merangkul pingat emas bagi acara 1 meter papan anjal lelaki di Sukan Sea KL2017 hari ini.

Acara tersebut berlangsung di Pusat Akuatik Negara Bukit Jalil Kuala Lumpur sebentar tadi.

Kemenangan itu sekaligus membuatkan Amsyar tidak dapat mengawal emosi dan menangis ketika memeluk erat bapanya, Azman Hassan.

Foto-foto menyentuh hati itu dikongsi oleh jurufoto, Aizuddin Saad menerusi laman Facebook Berita Harian Online.

Menerusi ruangan komen, rata-ratanya meluahkan rasa terharu melihat momen gembira Amsyar dan bapanya selain memberikan ucapan tahniah.

“Tak tahulah sejak sukan Sea bermula banyak kali dah aku nangis sebab terharu melihat hero dan heroin malaya kita ni. Sedih, lucu & bangga pun ada. Anyway congrats bro,” – komen Nizzatul Wan

“Tahniah walaupun setinggi mana kejayaan masih tetap menghargai kedua ibu bapa anda, restu mereka diperlukan dan bersyukurlah kepada tuhan di atas kejayaan tersebut,” – tulis Wahab Bro.

Kredit foto: Aizuddin Saad

Sumber: Astrogempak