Satu kajian yang dijalankan oleh University of Bristol pada tahun 2014 mendapati makan di depan komputer boleh membuatkan kalori di dalam tubuh badan meningkat.

Dari hasil kajian yang dijalankan terhadap beberapa orang responden yang makan sambil mata fokus mengadap skrin komputer menyebabkan mereka tidak pernah merasa kenyang.

Ini menyebabkan responden cenderung untuk makan lagi malah dengan kuantiti makanan yang lebih banyak berbanding sebelum ini.

Menurut ketua kajian iaitu Doktor Jeff Brunstorm, memori serta kognisi memainkan peranan penting dalam mempengaruhi nafsu makan serta jumlah kuantiti makanan yang diambil.

Oleh sebab itu, orang yang makan sambil menghadap skrin komputer cenderung untuk makan dengan lebih banyak dan sentiasa lapar.

Jadi sebaiknya anda perlu makan dahulu sebelum duduk mengadap komputer.

Sumber: Sajakongsi