ASICS – jenama kasut, pakaian dan aksesori sukan terkemuka, baru-baru ini melancarkan kasut ASICS GEL-KENUN baru yang direka untuk membantu pelari meningkatkan prestasi dan mencapai matlamat atletik mereka.

Asics_Gel_Kenun_004

Diilhamkan oleh awan cirrus, dikenali sebagai ‘kenun’ dalam bahasa Jepun, GEL-KENUN direka khas untuk memastikan pemakainya mengalami pengalaman seolah-olah berlari di atas awan. Dengan mesh yang fleksibel di bahagian GEL kaki depan serta belakang, GEL-KENUN memperkasa setiap langkah sementara menampilkan gaya jalanan yang menarik kepada pemakai.

Asics_Gel_Kenun_002

“Koleksi AW17 menawarkan fesyen berprestasi tinggi buat para peminat sukan bagi memenuhi gaya hidup urban mereka yang pantas – sama ada semasa bersenam, bersiar-siar atau bersantai.” kata Amirul Syafiq Azidin, Pengurus Pemasaran Sukan Prestige Sports Sdn Bhd (pengedar eksklusif untuk ASICS di Malaysia), syarikat bersekutu Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd.

Asics_Gel_Kenun_007

Diinspirasikan pembuatan seni Jepun terkenal dan pendekatan ASICS untuk kemajuan berterusan, koleksi terbaharu ini meneruskan legasi teknologi ASICS yang menampilkan gaya jalanan sesuai untuk bersiar dengan rakan-rakan di gim atau taman.

Sumber: Jomkitalari