Kanak-kanak malang berusia 11 tahun dari Madhya, Pradesh, India dikatakan mengeluarkan air mata kapas ketika menangis.

Insiden ini mula berlaku pada 25 Ogos yang lalu.

Disebabkan insiden aneh ini, penduduk kampung mula memulaukan mereka sekeluarga. Penduduk kampung percaya budak perempuan itu telah dirasuk oleh mahkluk halus.

Tak puas hati dengan dakwaan tersebut, ibu bapa kepada kanak-kanak itu telah membawa anak mereka berjumpa dengan pakar mata.

Menurut seorang pakar mata, Doktor Pawan Setak, kanak-kanak itu mungkin kekurangan pengambilan Vitamin D dan disebabkan itu matanya mula mengeluarkan batu-batu kecil seakan-akan kapas.

Seorang lagi pakar mata yang dikenali sebagai Doktor Navneet Saxena berpendapat, ia mungkin tindak balas dari alahan yang dialami oleh kanak-kanak itu.

Sumber: Mstar