SAMSUNG NOTE 8

SAMSUNG NOTE 8

Seni merakamkan imej yang terbaik tidak hanya bergantung kepada perakamnya, jika sertakan bersama peranti yang unggul pasti hasil yang diperoleh lebih baik. Terbaharu bagi memeriahkan lagi dunia fotografi menggunakan peranti pintar, Samsung memperkenal Galaxy Note 8 khas buat mereka yang gemar merakam gambar.

Menurut Ketua IM Business, Samsung Malaysia Electronics, KM Liew, imej merupakan rakaman saat-saat dalam hidup kita.

“Sesebuah gambar jika diambil dengan baik mampu menggambarkan banyak perkara di samping kemahiran perakam ditambah dengan bantuan peranti yang terbaik.

“Oleh yang demikian menerusi Galaxy Note 8 ini kami ingin meningkatkan fotografi menggunakan peranti pintar ke tahap baharu.

“Kami mahu pengguna merakamkan detik-detik indah menerusi cara yang mereka mahu dan inovasi kamera baharu dalam Galaxy Note 8 bakal merealisasikannya,” katanya.

Tambah Liew, kelebihan inovasi kamera baharu yang dilengkapkan kepada Galaxy Note 8 adalah apabila pengguna merakamkan gambar, ia akan menyimpan dua imej yang berbeza.

Gabungan daripada kedua-dua imej tersebut menjadikan rakaman terakhir yang lebih jelas dan terang serta fotografi dengan kualiti tinggi bersama kesan bokeh (depth of field) yang terbaik.

Selain itu, kebolehan pemfokusan digital optikal bermula 2x sehingga 10x menerusi kamera berkembar menjadikan imej yang dirakam dalam jarak yang jauh atau close-upshots berada dalam kualiti yang terbaik.

Bersama lensa bersudut luas F1.7 serta lensa telefoto F2.4 dan teknologi Duel Pixel, pengguna Galaxy Note 8 pastinya teruja merakam imej dengan poin fokus yang lebih tepat menjadikan rakaman lebih terang dan jelas pada subjek yang hendak dirakam.

Bagi mengelakkan imej yang dirakam menjadi kabur, Samsung menempatkan teknologi penstabil imej optikal (OIS) seperti teknologi yang direka dalam kamera digital lensa tunggal (DSLR).

Kelebihan teknologi OIS membolehkan imej yang dirakam lebih terang dan jelas tanpa sebarang gangguan akibat gegaran tangan pengguna ketika merakam imej.

Selain itu ia juga memiliki kelebihan Live Focus, Dual Capture yang memberikan pengguna kawalan yang lebih kreatif.

Untuk maklumat lanjut anda boleh melayari laman web Samsung di www.samsung.com.

SPESIFIKASI

Teknologi: GSM / HSPA / LTE
Dimensi: 162.5 x 74.8 x 8.6 milimeter (mm).
Berat: 195 gram (g).
Pelindung Skrin: Corning Gorilla Glass 5.
SIM: Single SIM (Nano-SIM) atau Hybrid Dual SIM (Nano-SIM).
Paparan: Super AMOLED, 16 M colors|
Saiz paparan: 6.3 inci.
Resolusi: 1440 x 2960 piksel
Sistem Operasi: Android 7.1.1 (Nougat)
Chipset: Exynos 8895 Octa – EMEA Qualcomm MSM8998 Snapdragon 835
CPU: Octa-core (4×2.3 GHz & 4×1.7 GHz) – EMEA Octa-core (4×2.35 GHz Kryo & 4×1.9 GHz Kryo) – di Amerika Syarikat dan China.
GPU: Mali-G71 MP20 – EMEA Adreno 540 – Amerika Syarikat dan China.
Slot kad memeori: microSD sehingga 256 GB.
Kamera: 
Utama – Dual 12 MP (26 mm, f/1.7, PDAF dan 52 mm, f/2.4, AF), OIS, autofokus, 2x pemfokusan optikal.
Kedua – 8 MP, f/1.7, autofokus
Bateri: Li-Ion 3300 mAh.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sains-teknologi/gajet/galaxy-note-8-rakam-imej-terbaik-1.528214#ixzz4tIJlHvIw
© Utusan Melayu (M) Bhd

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *