Teknologi begitu pesat sekali dan ledakan penggunaan laman sosial sebagai medium utama. Maka tersebarlah pelbagai cerita yang di paparkan. Macam acik kena dia post tentang anak sakit cancer.

Tetapi bila nak transfer duit, nama yang terpampang lain dari nama bapa budak tersebut.

Ramai yang mengambil keprihatinan rakyat Malaysia yang bermurah hati. Bukan ini kes pertama berkali-kali terjadi.

Begitu juga jika kamu beli barangan di atas talian.

Ramai yang tertipu bila beri no akaun. Tetiba senyap dan tiada khabar berita. Barang tak dapat duit kena kebas.

Jadi pada acik langkah selamat yang kita boleh cuba iktiyar dari di tipu.

Pertama : Cari dahulu di laman sosial atau google no akaun atau no telefon tersebut. Sama ada pernah ada kes atau tidak.

Kedua : Check sama ada no akaun atau no telefon di laman web Jabatan Siasatan Jenayah Komersial.Untuk mencuba boleh klik di sini.

Boleh masukkan no akaun bank atau no telefon. Tetapi laman web ini masih tempoh percubaan. Kita boleh cuba sekurangnya dapat membantu kita.

Hasil cubaan acik sendiri, satu akaun ini telah di report 8 kali. Naseb baik.

Setidaknya kita tidaklah di tipu oleh pihak tidak bertanggungjawab. Harap membantu.

Sumber: Akupenghibur