Jika kita rasa keadaan di muka bumi adalah panas dan teringin untuk ke angkasa lepas untuk rasa lebih dingin dan sejuk, sebenarnya kita silap kerana ruang angkasa boleh jadi lebih panas daripada yang kita sangkakan.

Persoalannya, adakah ruang angkasa lepas itu sebenarnya panas atau sejuk?

Sebelum kita tahu sama ada angkasa lepas adalah panas atau sejuk, perlu diketahui terdapat 3 cara bagaimana haba berpindah tempat. Konduksi, konveksi dan radiasi.

Jika kita panaskan hujung sudu dan menyentuh hujung satu lagi, satu ketika keseluruhan sudu akan turut menjadi panas. Ini dikenali sebagai konduksi.

Pada waktu tengahhari dan saat kita sedang berehat di tempat redup, kita masih merasakan bahang matahari. Ini dikenali sebagai konveksi.

Manakala radiasi merupakan perpindahan haba tanpa pengantara, boleh terjadi dalam ruang vakum. Radiasi menerangkan bagaimana haba matahari boleh sampai ke bumi.

 

Jika kita berada diruang angkasa lepas dan terkena sinar radiasi matahari, suhu minimum yang boleh dirasakan adalah kira-kira 150 darjah Celcius, iaitu lebih daripada suhu air mendidih.

Sebaliknya jika kita berlindung daripada sinar radiasi matahari, misalnya berlindung disebalik sayap kapal angkasa, suhu akan turun sehingga -200 darjah Celcius !

 

Rujukan:

  1. https://macaulay.cuny.edu/eportfolios/sciencefordessert/2013/02/02/is-space-cold-or-hot/
  2. https://www.quora.com/Why-is-space-273-degrees-with-the-sun-shining-but-hot-when-it-reaches-earth
  3. https://www.universetoday.com/77070/how-cold-is-space/