Dia dianggap Vocaloid terkenal dan yang pertama bergelar idola pop. Dia juga telah mengukir sejarah televisyen menjadi penyanyi alam maya pertama muncul dalam rancangan buat bicara The Late Show with David Letterman. Dia yang dimaksudkan ialah Hatsune Miku. Penyanyi Vocaloid alam maya yang mempunyai lebih 100, 000 buah lagu, dan 2.5 juta pengikut di Facebook.

via GIPHY

Siapa sangka idola maya berambut biru berusia 16 tahun dari Jepun yang muncul secara hologram 3 dimensi ini mampu mengecap populariti sehebat ini.

Miku bukan sekadar suara maya tetapi personaliti ini sering muncul dan sering menyumbang suara dalam siri anime seperti Akikan! dan Kaiki Emaki dan turut muncul dalam permainan video, iklan dan pernah membuat penampilan istimewa dalam konsert bintang ternama seperti Pharrell Williams dan Lady Gaga.

via GIPHY

Hatsune Miku kini bukan lagi sekadar watak fantasi buat peminat di Malaysia. Korang boleh bertemu idola maya secara empat mata di Miku Expo 2017 (#MikuExpoMY) yang julung-julung kali diadakan di Malaysia. Selain konsert, korang boleh dapatkan barangan rasmi, cosplayer dan pelbagai aktiviti menarik! Sensasi YouTube, Chaleeda Gilbert dan superstar Malaysia, Zizan Razak akan membuka tirai bagai konsert Hatsune Miku ini.

Hatsune Miku Expo 2017 akan diadakan di Arena Axiata Bukit Jalil pada 16 Disember 2017 pada jam 8 malam. Harga tiket adalah RM169, RM269, RM339 dan RM439 (tidak termasuk fee tiket dan GST). Jualan tiket akan bermula pada Ahad, 8 Oktober jam 10 pagi di www.myticket.asia. Berita terkini dan maklumat lanjut tentang acara ini boleh didapati di mikuexpo.com dan fb.com/mikuexpo2017mys.