Seorang remaja bernama Tyler Opdyke, 18, dari California mendapat pujian ramai selepas dia memulangkan dompet berisi wang berjumlah 1,500 USD (RM6,337).

Dompet itu ditemui betul-betul dihadapan rumah pemilik dompet tersebut. Ketika itu Taylor sedang memberikan risalah tentang perniagaan pakciknya di kawasan kejiranan itu.

Setelah membuka dan melihat kad perniagaan yang ada di dompet, Tyler dengan segera ke rumah pemilik dompet itu.

Dompet itu milik suami Melissa, dia secara tidak sengaja menjatuhkan dompetnya ketika bergegas ke tenpat kerja.

Menurut Melissa, dia tidak berani membuka pintu kerana tidak mengenali Tyler. Walaupun Tyler berulang kali berbunyikan loceng rumahnya.

“Jadi selepas dia pergi, saya memeriksa kamera yang dipasang di depan rumah,” kata Melissa. Terkejut melihat Tyler menunjukkan dompet suaminya di hadapan kamera pengawasan bersama dengan $ 1,500 duit di dalamnya.

Beberapa minit kemudian Tyler kembali untuk melihat sama ada dompet tersebut telah diambil oleh pemilik rumah itu atau tidak.

“Saya pulang ke rumah untuk melihat sama ada dompet masih di bawah doormat atau tidak, jika masih ada di situ saya akan terus mengetuk pintu rumah untuk memberitahu pemiliknya.”

“Ketika itulah Melissa dan dua anak perempuannya keluar dan memeluk saya,” kata Tyler.

Sumber: huffingtonpost.com